Tuesday, February 15, 2011

SISTEM BAHASA

Soalan 3(a): Pengetahuan tentang aspek morfologi
1. Dalam soalan 3(a), pelajar dikehendaki membina ayat daripada perkataan yang diberikan.
2. Markah yang diperuntukkan ialah 6 markah.
3. Setiap ayat yang dibina akan diberikan 1 markah.
4. Kesalahan bahasa dari segi ejaan, frasa, klausa, dan sebagainya akan ditolak 1/2 markah.
5. Untuk membina ayat, pelajar mesti menguasai jenis kata, pola ayat, jenis ayat, ragam ayat, dan binaan ayat.
6. Pelajar juga hendaklah mengetahui makna perkataan yang dikemukakan.
7. Terdapat tiga jenis soalan yang boleh dikemukakan dalam soalan 3(a):
(a) Membina satu ayat daripada setiap perkataan yang diberikan untuk menunjukkan bahawa pelajar faham akan penggunaan dan makna kata tersebut.
(b) Membina satu ayat bagi setiap kata dalam pasangan kata yang diberikan untuk menunjukkan penggunaan dan perbezaan makna pasangan kata tersebut.
(c) Membina dua ayat bagi setiap kata yang diberikan untuk menunjukkan penggunaan dan perbezaan makna kata tersebut dalam kedua-dua ayat yang dibina.
Panduan Membina Ayat
Panduan Menjawab
Apitan me-...-kan
Ialah dan Adalah
Kesalahan Ejaan yang kerap dilakukan
Tatabahasa


Soalan 3(b): Pengetahuan tentang aspek sintaksis
1. Soalan yang berkaitan dengan soalan ini adalah menukarkan ayat, menyambungkan ayat, memisahkan ayat, dan menganalisis ayat.
2. Markah yang diperuntukkan ialah 6 markah.
Analisis 2001-2008
Panduan Menjawab
Contoh Soalan dan Jawapan
Latihan Ayat Pasif dan Ayat Aktif
Ayat Songsang
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
Tatabahasa-Sintaksis
Ayat Majmuk dan Ayat Komplemen


Soalan 3(c): Pengetahuan tentag aspek ejaan dan imbuhan
1. Pelajar diuji mengenal pasti ejaan yang betul dan penggunaan imbuhan yang tepat.
2. Aspek ini dikemukakan dalam soalan 3(c) dan markah yang diperuntukkan ialah 6 markah.
3. Soalan ini terbahagi kepada tiga pecahan soalan dan setiap soalan mengandungi 2 markah.
4. Setiap soalan terdapat dua kesalahan, iaitu satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Setiap kesalahan yang dibetulkan diberikan 1 markah.
Penggunaan Ialah dan Adalah
Penggunaan Kata Bilangan

Soalan 3(d): Pengetahuan tentang aspek kata dan istilah
1. Soalan ini terdapat dalam soalan 3(d).
2. Markah yang diperuntukkan ialah 6 markah.
3. Dalam soalan ini terdapat tiga pecahan soalan dan setiap pecahan soalan mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa.
4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap pecahan soalan ialah 2 markah. Setiap satu kesalahan yang dibetulkan akan diberikan 1 markah.
5. Untuk memudahkan pelajar menjawab soalan bahagian ini, pelajar mestilah menguasai aspek sistem bahasa dengan baik dan menguasai makna sesuatu perkataan.
6. Kesalahan-kesalahan bahasa yang sering dikemukakan dalam soalan adalah berkaitan dengan kesalahan kata ganda, kesalahan hukum D-M, kesalahan frasa, kesalahan penjodoh bilangan, kesalahan kata hubung, kesalahan kata sendi, dan sebagainya.
Hukum D-M
Kata Ganti Nama

Kata Adjektif

Soalan 3(e): Pengetahuan tentang aspek peribahasa
1. Soalan tentang peribahasa terdapat dalam soalan 3(e).
2. Markah yang diperuntukkan ialah 6 markah.
3. Terdapat beberapa bentuk soalan yang berkaitan dengan peribahasa yang mungkin dikemukakan. Antaranya ialah:
(a) membina ayat menggunakan peribahasa yang dikemukakan.
(b) mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
(c) menyatakan beberapa peribahasa yang sesuai berdasarkan petikan yang dikemukakan.
(d) menyatakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberikan.
Analisis Soalan Peribahasa 2004-2008
Analisis Pola Soalan Peribahasa
Contoh Soalan dan Jawapan
Senarai Peribahasa dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
Simpulan Bahasa
Soalan Peribahasa
Jawapan Peribahasa

No comments:

Post a Comment