Monday, February 14, 2011

BAHAGIAN KARANGAN

Pengenalan
  1. Kertas 1 Bahasa Melayu (1103/1) dalam SPM merupakan soalan karangan yang terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B.
  2. Soalan bahagian A merupakan soalan karangan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan. Bahan rangsangan ini terdiri daripada gambar foto, gambar rajah, carta, gambar tunggal, gambar siri, petikan, dialog, dan sebagainya. Calon wajib menjawab soalan karangan bahagian A.
  3. Soalan bahagian B merupakan karangan respons terbuka dan calon mesti menjawab satu daripada 5 pilihan soalan yang dikemukakan
  4. Karangan bahagian A membawa markah sebanyak 30 markah dan karangan bahagian B membawa markah sebanyak 100 markah.


BAHAGIAN A: KARANGAN BERPANDU/KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

Panduan Menulis Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
Perkara yang mesti dilakukan semasa memulakan penulisan karangan:

1. Mendefinisikan kehendak soalan dengan tepat berdasarkan kata kunci yang diberikan
  • Terdapat dua kehendak soalan karangan bahan rangsangan, iaitu sama ada karangan secara umum atau secara khusus.
  • Kata kunci untuk kehendak soalan karangan bahan rangsangan secara umum ialah:
"Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang industri pertanian   di Malaysia."
  • Kata kunci untuk kehendak soalan karangan bahan rangsangan secara khusus ialah:
"Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengkomersialkan buah-buahan tempatan ke peringkat antarabangsa."

2. Memikirkan isi dan subtopik
3. Membina rangka karangan
4. Menyusun isi-isi berdasarkan kepentingan


    No comments:

    Post a Comment