Wednesday, February 23, 2011

ISU-ISU SEMASA



1.) Ah Long (Ceti Haram)


Pengenalan

· Ialah kumpulan pemberi pinjaman haram.Juga dikenali dalam masyarakat India sebagai Chettiar,manakala mereka ini dikenali sebagai Tai Ee Long dan Ah Long dalam masyarakat Cina dan masyarakat Melayu masing-masing.

Faktor masyarakat memilih Ah Long

1. Negara ini, isu sosiobudaya dan perjalanan kehidupan rakyat yang sering disogok dan ditekankan dengan keperluan kehidupan yang melewati kemampuan.Untuk mengelak kemiskinan terus membelenggu,masyarakat mengambil jalan singkat meminjam wang dengan ceti-ceti haram ini tanpa mengira kesan masa depan.

2. Tawaran pinjaman mudah tanpa prosedur dan syarat yang terlalu ketat ternyata menjadi umpan laris mereka kepada orang ramai.Tawaran menarik seperti pinjaman mudah dan segera selain kemahiran ceti-ceti haram ini mengiklankan dan mempromosikan perkhimatan mereka.Syarat pinjaman yang terlalu ketat dan masa panjang yang diambil untuk meluluskan pinjaman oleh agensi dan syarikat kewangan yang sah.

3. Kelewatan pihak berkuasa meluluskan pemohonan lesen itu menyebabkan kegiatan ceti haram semakin berleluasa sehingga ada yang berani bertindak ganas termasuk mencederakan atau mengugut peminjam yang gagal melangsaikan hutang.

4. Ibarat menangguk di air keruh,ceti haram menghulurkan pinjaman wang dalam saat-saat mangsa kesempitan duit.Misalnya,ada yang perlukan duit untuk kos perubatan,untuk meneruskan kesinambungan perniagaan,dan yang tidak boleh dimaafkan-berjudi.


Kesan-kesan terhadap masyarakat dan negara

1. Kegiatan ceti haram boleh mengancam kesejahteraan hidup rakyat berpendapatan rendah.Peminjam sudah terikat dan tidak boleh terlepas terhadap apa yang dikenakan kepada mereka sebagai syarat pinjaman.Ceti haram menjadi pemeras sehigga ramai orang menderita terutama mereka yang perlukan wang atau berhutang dengan ceti haram.

2. Kegiatan ceti haram ini diklasifikasikan sebagai satu jenayah.Ini kerana ia ada kaitan dengan kes pergaduhan,bunuh dan sebagainya.Apa tidaknya,peminjam akan tertekan kerana setiap kali gagal membayar pinjaman pada waktu ditetapkan,jumlah hutang bertambah.


3. Kekejaman Ah Long memburu dan menganiayai mereka yang gagal melangsaikan hutang juga dilaporkan semakin berleluasa.


4. Kegiatan meminjam wang daripada ceti-ceti haram boleh memporak-porandakan rumah tangga dan memusnahkan nasib masa depan mereka.Banyak kes yang melibatkan peminjam yang sanggup nekad membunuh diri bersama ahli keluarga mereka malah menghadapi banyak tekanan.


Langkah-langkah mengatasi

1. Penubuhan Badan Peyelarasan Hutang Kecil Rakyat akan dapat membantu mereka yang berhutang untuk tampil ke hadapan untuk membincangkan hutang-hutang mereka dengan jalan penyelesaian yang paling mudah dan menguntungkan kedua-dua pihak.

2. Pihak berkuasa terpaksa menubuhkan apa yang dikenali sebagai “jawatankuasa kecil peminjam wang” di seluruh negara bagi memantau kegiatan itu.Usaha ini perlu diperluaskan dan dikerah keseluruh negara disamping perlunya kerjasama erat semua polis sendiri dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk campur tangan sekiranya urusniaga syarikat pinjaman wang itu membabitkan perlakuan jenayah.


3. Polis dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah bersetuju mengehadkan pengeluaran permit berkenaan bagi memudahkan urusan pemantauan dan penguatkuasaan.


4. Syarikat kewangan dan bank haruslah memperluas dan menyediakan pelbagai bentuk pinjaman kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa kepada peminjam ceti haram.
· Prosedur yang lebih mudah dan tidak memerlukan cagaran yang terlalu banyak atau ketat.

· Mempercepat pemberian pinjaman untuk golongan yang terdesak dan menghadapi masalah kewangan    yang serius.

5. Tindakan undang-undang haruslah dikenakan ke atas ceti haram yang melanggar peraturan pinjaman wang.
· Pihak polis dan pihak berkuasa dibenarkan mengambil tindakan terhadap ceti haram yang melanggar peraturan.
· Pindaan terhadap Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dengan menaikkan kadar denda maksimumdan hukuman penjara serta rotan terhadap pesalah.
· Mengawal penerbitan iklan membabitkan pemberi pinjaman oleh ceti haram daripada bermaharajalela.


6. Kesedaran tentang kesan buruk akibat meminjam daripada ceti haram.
· Kempen secara besar-besaran (melalui akhbar atau media elektronik) perlu dilakukan bagi menyedarkan orang ramai tentang padah meminjam daripada ceti haram ini.
· Anggota masyarakat perlu melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat berkaitan dengan aktiviti pinjaman haram.



 Bahagian 1

 Bahagian 2 
                                                                   
Bahagian 3


2.) Amalan Membaca Kurang Diamalkan


     Pada zaman yang serba moden ini,pelbagai kempen telah dijalankan oleh pihak kerajaan untu menarik masyarakat membaca,namun masih gagal untu melahirkan masyarakat bermaklumat.Ini boleh menimbulkan beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku dan langkah-langkah berkesan harus diambil untuk mengatasi masalah ini.

     Faktor-faktor yang menyebabkan usaha untuk memupuk semangat membaca dalam kalangan masyarakat masih gagal untuk melahirkan masyarakat yang bermaklumat ialah minat masyarakat lebih cenderung kepada menonton televisyen dan mendengar radio.Malah masyarakat lebih tertumpu kepada aktiviti menonton tayangan televisyen dan kekuranganan masa untu aktiviti membaca,apatah lagi masa siaran dipanjangkan dan diminati.

     Di samping itu juga,masyarakat juga cenderung kepada bahan bacaan yang ringan.Seperti zaman sekarang masyarakat lebih suka membawa majalah hiburan,komik,dan lain-lain.Malah,sesetengah masyarakat zaman sekarang juga,jarang sekali untuk mengambil bahan bacaan yang bercorak ilmiah seperti majalah siswa,e-baca,fokus SPM dan lain-lain.

Langkah-langkah memupuk semangat membaca ialah melalui peranan ibu bapa kerana mereka merupakan orang yang selalu di samping kita sama ada susah mahupun senang.Malah ibu bapa yang prihatin dan bertanggungjawab akan menitikberatkan tentang kepentingan membaca terhadap anak-anak mereka.Dengan cara ini ,boleh melahirkan minat membaca dalam diri anak-anak.

    Tambahan pula,peranan kerajaan hendaklah memperbanyakkan lagi perpustakaan bergerak.Dengan cara ini,memudahakn dan menggalakkan masyarakat Bandar dan luar Bandar mahupun di kawasan pedalaman membuat pinjaman buku.Di dalam perpustakaan,buku-buku disusun dengan sistematik dan menyediakan pelbagai bahan bacaan yang terkini mahupun menyediakan kemudahan teknologi supaya memudahkan pencarian buku dan maklumat-maklumat yang penting.

   Oleh yang demikian,kerjasama semua pihak amat penting untuk melaksanakan dan mencapai hasrat untuk mewujudkan masyarakat pembaca dan bermaklumat di negara Malaysia.Bak kata pepatah melayu masa ini,’bangsa membaca,bangsa berjaya’.
Oleh :Nina Sekina Bt Yunus
5A2 SMK(A) Sibu





3.) Perpaduan Kaum Di Malaysia

Definisi Perpaduan
Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaanbersama dalam kalangan mereka.

Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.

Punca masalah perpaduan – Sistem pendidikan yang berbeza
Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu,pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris.Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian.

Pelajaran Cina telah membarai kesedaran kebangsaaan pemuda–pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China.

Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Walau bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil tidak pernah setanding dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau Inggeris.

Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat.Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernacular yang tidak mempunyai pandangan dunia (world–view) yang sama.

Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan seperti mana yang kita lihat pada hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Bagaimana pendidikan boleh membentuk perpaduan
Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang Dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.

Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari :
“Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah suatu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini."


~Cg Sue~
SMK Agama Sibu, Sarawak




4.) Kemalangan Jalan Raya

Pengenalan
Pembangunan rangkaian pengangkutan jalan raya merupakan salah satu faktor penting dalam menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk kepentingan program pembangunan ekonomi negara. Namun demikian dengan peningkatan dan perkembangan yang pesat dalam sektor pengangkutan telah menimbulkan masalah dan isu tentang keselamatan jalan raya pada muktahir ini dengan meningkatnya jumlah kemalangan jalan raya. Kejadian kemalangan jalan raya merupakan salah satu masalah utama negara ketika ini yang melibatkan pelbagai aspek sosioekonomi.

Perbincangan 1:FAKTOR :
Salah satu faktor utama yang dapat dikesan dalam menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya di Malaysia ialah faktor manusia yang sebahagian merupakan pengguna jalan raya terutama pemandu dan penunggang kenderaan serta pejalan kaki. Hasil dapatan kajian mendapati sifat-sifat pemandu yang sabar, cermat, sopan dan bertimbang rasa mempunyai hubungan korelasi positif dengan kemalangan jalan raya. Sikap terhadap perasaan seperti terganggu, tertekan, pandu laju dalam keadaan mood tidak baik menunjukkan signifikan dengan kecenderungan berlakunya kemalangan jalan raya.

Sikap pemandu terhadap had kelajuan menunjukkan signifikan bagi pemandu yang memandu melebihi had laju 30 km/j dan tidak mematuhi had kelajuan. Sikap bertanggungjawab dan bertimbang rasa, sikap tidak hiraukan tanda jalan, memintas kenderaan di garisan berkembar, ikut kenderaan dengan rapat, membelok tanpa memberi isyarat dan memasukki jalan utama dengan beranggapan kenderaan lain memberi laluan menunjukkan terdapatnya signifikan dengan kemalangan jalan raya.

Sikap suka memandu laju disebabkan faktor tekanan masa seperti ingin cepat sampai, terlewat, tergesa-gesa, ghairah ke sesuatu destinasi dan menghambat waktu pejabat turut menunjukkan signifikan dengan kemalangan jalan raya. Memandu laju disebabkan inginkan cabaran dan keseronokan mendapati sikap habit, keseronokan, suka memandu laju dan suka mengambil risiko turut menunjukkan signifikan yang nyata. Sikap memandu laju disebabkan luat memandu mendapati penat, setiap minit dikira dan ingin cepat sampai menunjukkan kesignifikanannya.

Sikap ingin mencapai kepuasan dengan memandu laju disebabkan faktor kawan memandu laju, kehebatan memandu, berlumba di jalan raya, suka menunjuk-nunjuk, ingin memenuhi citarasa kepuasan dengan memandu laju dan kepuasan merasa risiko bahaya telah menunjukkan kesignifikanannya yang nyata. Begitu juga dengan kajian sosio-demografi dari segi pengalaman memandu, umur, tahap pendidikan dan jantina pemandu menunjukkan signifikan dengan kemalangan jalan raya.

Perbincangan 2:
Salah satu punca yang menyebabkan kes ini berlaku ialah sikap pengguna jalan raya yang kurang berhati-hati ketika berada di jalan raya. Ketika memandu, ramai pengguna yang kurang memberikan perhatian terhadap keadaan lalu lintas pada masa itu. Sebagai contoh, mereka tidak mengambil berat akan tanda-tanda keselamatan di jalan raya, berbual-bual ketika memandu, mendengar radio, menggunakan telefon bimbit, dan sebagainya. Tegasnya, perbuatan seperti ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tetapi juga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Selain itu, ada pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang di jalan raya. Undang-undang yang digubal oleh kerajaan sebenarnya bukanlah untuk menyusahkan pengguna jalan raya, malah bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pengguna. Sebagai contoh, banyak pengguna jalan raya yang memandu kenderaan melebihi had laju yang telah ditetapkan walaupun saman yang dikeluarkan semakin bertambah. Undang-undang perlu dipatuhi kerana ketika bergerak laju pelbagai perkara boleh berlaku seperti tayar meletup, binatang melintas, kereta di hadapan berhenti dengan tiba-tiba, dan sebagainya yang akhirnya boleh menyebabkan kemalangan.

Bukan itu sahaja, ada pengguna jalan raya yang bersikap mementingkan diri sendiri. Merekai tidak mempedulikan orang lain. Hal ini sering berlaku pada waktu kesesakan jalan raya. Sebagai contoh, ada pemandu kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan untuk memastikan kenderaan mereka tidak terperangkap. Kemudian, mereka memotong barisan kenderaan lain yang telah lama beratur panjang. Tindakan ini bukan sahaja boleh mengundang kemalangan berlaku, malah boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati oleh pemandu kenderaan lain yang boleh menyebabkan perselisihan faham.

Kemalangan jalan raya juga boleh berlaku disebabkan pejalan kaki yang tidak mahu menggunakan jejantas yang telah disediakan. Mereka tidak mahu menggunakan jejantas yang disediakan dengan alasan untuk menjimatkan masa dan tenaga. Keadaan ini menyukarkan pemandu kenderaan lain yang terpaksa memperlahankan kenderaan mereka , dan seterusnya menyebabkan berlakunya kesesakan. Apabila berlaku kesesakan, peratus berlakunya kemalangan akan meningkat. Walaupun pihak berkuasa kerap kali mengambil tindakan terhadap pejalan kaki yang tidak menngunakan jejantas ketika melintas jalan, namun tindakan ini masih kurang berkesan.

Seterusnya, ada pengguna jalan raya yang menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan. Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan pengguna jalan raya yang lain, malah membahayakan nyawa pengguna itu sendiri. Walaupun pihak berkuasa sering mengadakan sekatan jalan raya, kempen, menahan pemandu yang terbabit dalam perlumbaan haram, namun kegiatan ini masih berterusan dan semakin bertambah. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pengguna jalan raya tidak menghargai nyawa sendiri dan orang lain.

Umumnya, punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya perlu ditangani dengan segera dan bijak. Selain kempen yang berterusan, pihak berkuasa hendaklah menguatkuasakan peraturan pada setiap masa tanpa memilih bulu. Bukan itu sahaja, pihak berkuasa juga hendaklah mengenakan denda yang lebih berat kepada sesiapa sahaja yang menyebabkan kemalangan berlaku. Para pengguna jalan raya pula perlulah mengubah sikap dan sentiasa berhati-hati ketika di jalan raya sepanjang masa.
~Cg Sue~
SMK Agama Sibu, Sarawak
  



  5.) Kad Kredit - Kebaikan dan Keburukan

Pengenalan
Kad kredit bolehlah ditakrifkan sebagai sejenis kad yang digunakan sebagai pengganti wang tunai atau buat masa ini lebih dikenali sebagai wang plastik. Sejak akhir-akhir ini, penggunaan kad kredit didapati semakin popular dalam kalangan masyarakat kita terutamanya ahli perniagaan.Kini terdapat semakin banyak syarikat yang mengeluarkan kad kredit seperti American Express, Visa,dan Master Card. Menurut pendapat Menteri Kewangan Malaysia, penggunaan kad kredit merupakan pemangkin masalah inflasi yang sangat ketara. Di samping itu, beliau juga turut meramalkan bahawa bilangan pengguna kad kredit ni negara kita akan bertambah pada tahun-tahun yang akan datang. Pada hemat saya penggunaan kad kredit akan terus diamalkan oleh masyarakat kita kerana kad tersebut mempunyai kebaikannya yang tersendiri.
Kebaikan kad kredit
Salah satu daripada faktor yang menggalakkan orang ramai menggunakan kad kredit ialah mereka tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli belah. Bagi sesetengah pengguna, membawa wang tunai yang banyak ketika membeli belah merupakan suatu beban. Keadaan ini lebih ketara sejak kerajaan mewujudkan wang yang bernilai seringgit dalam bentuk siling. Kini terdapat hampir 50 peratus daripada pengguna yang membeli belah di pasar raya- pasar raya dengan menggunakan kad kredit. Pada hemat saya pengguna akan berasa lebih selesa menggunakan kad kredit daripada menggunakan wang tunai kerana kad kredit lebih ringan dan tidak mendatangkan masalah untuk digunakan bila-bila difikirkan perlu.
Pengguna kad kredit juga berasa lebih selamat menggunakan kad kredit berbanding dengan penggunaan wang tunai. Hal ini demikian kerana semua kad kredit yang digunakan tidak boleh bertukar milik. Setiap kali mereka menggunakan kad kredit tersebut mereka dikehendaki menandatangani borang khas yang akan dapat mengesan pemilik sebenar kad kredit tersebut. Oleh hal yang demikian, pemilik kad kredit tidak perlu bimbang sekiranya kad mereka hilang atau dicuri orang. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluar kad kredit American Express, jumlah pemegang kad tersebut bertambah hampir 40 peratus pada setiap tahun. Menurut kebanyakan pemilik kad tersebut, mereka berasa lebih selamat menggunakan American Express kerana mereka cepat mendapatkan kad ganti yang baru dengan cepat apabila berlaku kehilangan. Dalam hal ini saya berpendapat faktor keselamatanlah yang paling banyak mendorong pengguna menggunakan kad kredit.
Keburukan kad kredit
Di samping kemudahan yang boleh dinikmati, pemegang kad kredit juga sering menghadapi beberapa masalah. Hal ini kerana tidak semua para peniaga mahu menerima pembelian secara kredit terutamanya kedai-kedai biasa atau kedai-kedai kecil yang jumlahnya lebih banyak daripada kedai-kedai yang besar atau pusat-pusat membeli belah yang terkenal. Oleh hal yang demikian, tempat-tempat penginapan atau pusat-pusat membeli belah yang boleh dikunjungi oleh pemegang kad kredit adalah terhad. Oleh itu, pemegang kad kredit mungkin menghadapi masalah sekiranya pusat membeli belah atau kedai dan gerai yang mereka kunjungi itu menolak penggunaan kad kredit.
Urusan perniagaan yang menggunakan kad kredit dijalankan dengan penggunaan komputer.Oleh itu, terdapat kemungkinan berlaku penyelewengan dalam urus niaga tersebut. Walaupun perkara seperti ini jarang-jarang berlaku, kebanyakan peniaga tidak yakin dengan pelanggan yang menggunakan kad kredit terutamanya kad kredit yang tidak popular. Para peniaga tidak sanggup menanggung risiko yang tinggi dengan menerima kad kredit tersebut. Pihak Polis Bahagian Jenayah Perdagangan sering mengingatkan para peniaga supaya sentiasa berwaspada ketika berurus niaga dengan pengguna yang menggunakan kad kredit. Ini kerana mereka telah menerima lebih daripada 150 aduan berkaitan dengan hal tersebut sejak awal tahun ini.
Penutup
Melalui huraian di atas,dapatlah dikatakan bahawa terdapat beberapa kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit. Namun begitu, sekiranya pemilik kad kredit menggunakan kemudahan tersebut secara bijak, mereka akan mendapat faedah yang banyak. Sebaliknya, jika kad kredit tidak digunakan secara berhati-hati, pemiliknya akan menderita akibat beban hutang yang terpaksa ditanggung sehingga bertahun-tahun. Pada pendapat saya, walaupun penggunaan kad kredit didapati semakin popular dari setahun ke setahun, namun `wang plastik’ tersebut pasti tidak mungkin dapat menggantikan wang tunai yang sebenar.

No comments:

Post a Comment